suria

JM2014: Pelumba Tunisia Ungguli Peringkat Pertama Perlumbaan

PORT DICKSON: Pelumba Tunisia, Rafaa Chtioui melaungkan amaran awal apabila menjuarai peringkat pertama perlumbaan berbasikal Jelajah Malaysia 2014 (JM2014) pada Sabtu.

Pelumba pasukan Skydive Dubai Pro Ccyling Team itu menamatkan saingan sejauh 150.3km dari Seremban 2 ke Bandar Tentera Darat di sini dengan catatan masa empat jam, 44 minit dan 51 saat.

Selain juara peringkat pertama, Rafaa juga menyarung jersi kuning, selaku pendahulu terbaik keseluruhan serta jersi hijau sebagai pendahulu gelaran Raja Pecut.

"Saya gembira untuk memenangi perlumbaan ini. Perlumbaan ini adalah sukar dalam suasana cuaca benar-benar panas. Hanya kira-kira 50km dari gariasan penamat, perlumba bertambah agresif.

"Perlumbaan hari ini bukan mudah dan anda perlu mengawal hidrasi badan danjuga berada di hadapan setiap masa," kata pelumba berusia 28 tahun itu, yang juga bekas juara Tunisia dalam acara lebuh raya dan ujian masa tahun lepas.

Rafaa berkata pasukannya itu akan berusaha lebih keras bagi memastikan jersi kuning itu tidak terlepas pada perlumbaan ini.

"Pasukan saya ini mungkin mempunyai strategi lain bagi mengawal perlumbaan peringkat kedua pada Ahad," katanya yang pernah menyertai perlumbaan itu pada edisi 2009 bersama pasukan Doha Cycling Team.

Sementara itu, Muhd Shaiful Anwar Azis daripada pasukan Terengganu CyclingTeam (TSG) muncul sebagai pelumba terbaik Malaysia dengan menyarung jersi putih selepas menamatkan saingan di tangga keenam.

Beliau hanya ketinggalan 0.06 saat di belakang pemenang jersi biru, Ho Burrdari Hong Kong, yang muncul sebagai pelumba terbaik Asia.

Perlumbaan peringkat kedua iaitu laluan kedua terpanjang pada edisitahun ini, melibatkan jarak 152.7 km dari Nilai ke Bandar Seri Jempol.

Pelumba akan menempuh pendakian kategori tiga di Kampung Batu, disusuli duazon pecutan di Bangi dan Jempol.-BERNAMA

Jelajah Malaysia 2014

Artikel Sebelum

Artikel Lain