suria

KBS Minta Polis, FAM Halang Samseng Bola Sepak Masuk Stadium

ALOR SETAR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meminta polis membuat risikan awal bagi menghalang samseng bola sepak memasuki stadium pada perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia dan Thailand, 20 Disember ini.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, ia bagi mengelak berlakunya kejadian tidak diingini seperti yang berlaku kepada penyokong Vietnam pada 7 Disember lepas di Stadium Shah Alam selepas Malaysia tumpas 1-2 kepada Vietnam pada separuh akhir pertama.

Beliau berkata, 15 individu yang terlibat dengan insiden menyerang penyokong Vietnam, perlu dihalang oleh pihak polis dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) daripada memasuki stadium.

"Kawalan keselamatan diharap lebih ketat lagi. Tempat duduk penyokong Thailand tidak boleh diceroboh oleh penyokong negara ini," katanya pada sidang media sempena Program 'Hello YB!' anjuran Barisan Nasional Youth Volunteer Kedah (BNYV) di sini, Sabtu.

Dalam insiden itu, sekumpulan penyokong Harimau Malaya yang kecewa dikatakan melakukan provokasi dengan membaling objek ke arah penyokong Vietnam serta seorang penyokong pasukan pelawat cedera dipukul. 


samseng, KBS, stadium, Piala AFF Suzuki

Artikel Berikut

Keputusan Bundesliga

Artikel Lain