Padang Stadium Nasional Bukit Jalil Berbeza - Khairy - Sukan | mStar

Padang Stadium Nasional Bukit Jalil Berbeza - Khairy

KUALA LUMPUR: Struktur padang Stadium Nasional Bukit Jalil berbeza dengan padang di stadium lain, jelas Menteri Belia dan Sukan mengenai pandangan Penasihat Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkaitan isu kualiti padang stadium tersebut.

Jelas Khairy, padang stadium itu memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya kerana struktur tanah di Bukit Jalil juga berbeza.

"Saya pernah melawat Stadium Larkin. Padangnya mendapat cahaya matahari yang berterusan dan padang itu berada di bawah paras laut. Jadi rumput di situ selalu basah, berbeza pula dengan Stadium Nasional yang berdepan dengan laluan angin, kurang pencahayaan serta meilbatkan reka bentuk stadium .

"Kita tidak menggunakan 'Cow Grass'. Kita ada banyak pilihan dan putuskan di stadium ini kita gunakan rumput yang berbeza daripada stadium lain.

"Saya yakin padang ini akan bertambah baik dan sekarang ia dalam proses pemulihan rumput sedia ada," jelasnya kepada media di Bukit Jalil, Isnin.

Tahun lepas, Khairy mengarahkan Stadium Nasional ditutup selepas aduan bahawa keadaan padang di stadium berkenaan tidak sesuai sehingga memaksa perlawanan persahabatan antara Barcelona FC dan Malaysia ditukar ke Stadium Shah Alam pada saat-saat akhir.

Penukaran rumput di stadium itu sebelum ini menelan belanja RM1.5 juta.

Stadium kembali digunakan pada perlawanan akhir Piala Malaysia bulan lalu yang mendapat reaksi tidak memuaskan.

Dalam pada itu, menerusi entri terbaharu Tunku Ismail di laman Facebook Johor Southern Tigers pada Isnin, beliau meluahkan pandangan mengenai kos pemulihan yang tinggi.

"Sewaktu kami mengalami masalah yang sama, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor telah menjalankan pemulihan dan melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di atas padang yang sedia ada dengan penglibatan kos RM150,000 setahun. 

"Saya bangga untuk mengatakan bahawa padang di Larkin adalah yang terbaik di negara ini dan ianya disahkan sendiri oleh perwakilan daripada AFC yang telah datang sebelum ini untuk melakukan pemeriksaan. 

"Kami juga telah dikunjungi oleh delegasi dari AC Milan dan Borussia Dortmund yang juga sangat kagum dengan kualiti padang. 

"Ketua Pegawai Operasi Borussia Dortmund ada menyebut sesuatu kepada saya iaitu 'Bola sepak dimainkan di padang dan bukannya di atas batu bata'. 

"Ertinya, tidak ada gunanya infrastruktur bertaraf dunia jika kondisi padang tidak sesuai dan tidak diselenggara dengan baik".

Stadium Nasional Bukit Jalil

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Khairy Harap Program RM34 Juta MyTID Berhasil

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

BN, PAS bentuk kerajaan baharu di Johor