suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gerard Pique Nafi Ke Chelsea Atau Man United

PERTAHANAN Sepanyol, Gerard Pique menafikan spekulasi bahawa dia akan meninggalkan Barcelona untuk beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Januari ini.

Pique didakwa akan ke Chelsea atau Manchester United selepas bekas pemain united itu dilapor tidak sehaluan dengan pengendali Barcelona, Luis Enrique.

Berikutan ketegangan itu, Pique kini disenaraikan sebagai pemain simpanan Barcelona.

Bagaimanapun ketika ditanya oleh pemberita mengenai spekulasi itu menjelang perlawanan persahabatan melibatkan skuad Sepanyol, Pique menafikannya.

Menurutnya, pemindahan pada Januari ini tidak akan berlaku kerana dia akan berusaha mendapatkan semula kedudukannya dalam kesebelasan utama.

"Saya fikir tidak logik untuk berpindah ke kelab lain hanya kerana tidak dapat bermain untuk dua atau tiga perlawanan.

"Barcelona merupakan hidup saya dan tiada perancangan untuk berpindah setakat ini. Saya akan terus bersaing untuk mendapatkan semula kedudukan itu (pertahanan utama)," jelasnya.  

Chelsea, Barcelona, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Lain