suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tewas Kepada Kepulauan Faroe, Jurulatih Greece Dipecat

JURULATIH Greece, Claudio Ranieri dipecat selepas tewas 1-0 kepada Kepulauan Faroe pada aksi Kelayakan Euro 2016 awal pagi Sabtu.

Juara Euro 2004 ini hanya mengumpul satu mata sepanjang kempen kelayakan ini berlangsung.

"Berikutan keputusan teruk skuad kebangsaan, saya  bertanggungjawab di atas pemilihan jurulatih ini, yang memberi imej buruk kepada pasukan.

"Pihak pengurusan akan berbincang dan bertanggungjawab untuk membuat perubahan agar situasi memalukan seperti ini tidak berulang lagi," jelas Presiden Giorgos Sarris.

Bekas pengurus Itali dan Republik Ireland, Giovanni Trapattoni dipilih menggantikan Ranieri.

Ranieri,63, terkejut dengan keputusan tersebut.

"Saya tidak ada perkataan untuk menjelaskan apa yang berlaku.

"Sememangnya semua mahu menang dalam saingan kumpulan, namun Kepulauan Faroe layak dengan keputusan itu.

"Ketika kempen kelayakan bermula, tidak ada siapa yang percaya kami berada dalam situasi ini. Keputusan kalah ini sangat mengecewakan.

"Kami berada di kedudukan terakhir kumpulan berdasarkan apa yang dibuat. Dan jurulatih sentiasa bertanggungjawab dengan situasi ini.

"Sejak September lalu, pemain-pemain kelihatan tidak bersemangat selepas Piala Dunia, namun minggu ini ketika sesi latihan mereka lebih berkeyakinan.

"Sebab itulah saya terkejut dengan keputusan ini," jelasnya.

Dalam pada itu, kemenangan 1-0 ke atas Greece itu merupakan kejayaan pertama Kepulauan Faroe sejak 2011.

Claudio Raneiri, Greece

Artikel Berikut

Artikel Lain