suria

Mazzarri Dipecat, Mancini Jurulatih Baharu Inter Milan

Roberto Mancini
ROBERTO Mancini telah dilantik semula sebagai jurulatih Inter Milan, menurut laporan di Itali, dengan kelab itu mengesahkan bahawa Walter Mazzarri telah dipecat.

Mancini, yang memenangi tiga gelaran Scudetti dan dua Coppa Italia selama empat tahun di Giuseppe Meazza, ditetapkan untuk menggantikan bekas perancang taktik Napoli selepas dia telah 'dilepaskan daripada tugasnya' pada Jumaat.

Khabar angin awal mengenai nasib Mazzarri ini telah disokong oleh Nerazzurri, yang mengesahkan pelepasannya dalam Tweet rasmi.

Laman web wartawan bola sepak yang dihormati, Gianluca Di Marzio melaporkan bahawa Presiden Inter Milan Erick Thohir memutuskan untuk menggantikan Mazzarri dengan bekas pengurus Manchester City dan Galatasaray itu selepas prestasi buruk yang ditunjukkannya.

Ia mendakwa bahawa Mancini akan diberikan kontrak dua setengah tahun.

Wartawan bola sepak Itali Tancredi Palmeri kemudian mengesahkan berita itu di Twitter.

Artikel Sebelum

Artikel Lain