Dollah Umum Skuad Piala AFF Suzuki Selepas Jumpa Vietnam - Sukan | mStar

Dollah Umum Skuad Piala AFF Suzuki Selepas Jumpa Vietnam

Dollah Salleh
PETALING JAYA: Dollah Salleh akan hanya mengumumkan senarai penuh 22 pemain skuad Harimau Malaya ke Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014 selepas perlawanan persahabatan menentang Vietnam, Ahad ini.

Beliau berkata langkah itu diambil kerana mahu menilai status kecederaan dua pemain sayap, R. Gopinathan dan pemain pertahanan, Aidil Zafuan Abd Radzak, yang mampu menyumbang pada kejohanan itu.

Malaysia akan memulakan cabaran Kumpulan B di Singapura dari 23 hingga 29 November ini.

"Khidmat macam Gopi dan Aidil memang kita perlukan tapi kalau cedera, saya terpaksa menggugurkan nama mereka. Jadi sebab itu, saya tidak berani untuk buat keputusan lebih awal," kata Dollah.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sebelum berlepas ke Vietnam bersama skuad negara di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, di sini, Jumaat.

Dalam pada itu, Dollah tidak terlalu memikirkan kritikan pedas dilemparkan segelintir penyokong tempatan berikutan persembahan hambar skuad Harimau Malaya dalam beberapa aksi persahabatan termasuk diaibkan 3-0 kepada skuad Bawah 23 (B-23) Syria di Stadium Shah Alam, Rabu lepas.

"Saya tidak khuatir dengan perkara ini (kritikan peminat) kerana saya begitu fokus dengan persiapan pasukan dan saya percaya kita akan melakukan sesuatu nanti pada kejohanan ini," kata Dollah.

Skuad Harimau Malaya akan menentang Vietnam di Hanoi, Ahad ini sebelum membuka kempen Piala AFF Suzuki dengan menentang Myanmar pada 23 Nov diikuti Thailand (26 November) dan tuan rumah Singapura pada 29 November ini.

Sementara itu, pemain tengah, Safiq Rahim merayu kepada penyokong tempatan supaya terus memberikan sokongan padu kerana yakin pemain sentiasa mempamerkan aksi terbaik dalam mana-mana perlawanan yang dihadapi.

"Sekarang ini kita tidak boleh cakap mengenai prestasi jurulatih (Dollah) kerana beliau baru mengambil alih pasukan kebangsaan.

"Bagi saya, berikan masa kepada jurulatih dan kita sebagai pemain kena tunjukkan sesuatu untuk membantu jurulatih menaikkan kembali prestasi pasukan kebangsaan," kata pemain kelab Johor Darul Ta'zim itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain