suria

Doping: Rosmah Harap Pemain Negara Diadili Sebaiknya

KUALA LUMPUR: Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datin Seri Rosmah Mansor berharap pemain negara yang disahkan gagal dalam ujian doping dapat diadili dengan sebaik mungkin. 

Isteri perdana menteri juga berharap pemain itu dapat bersabar dan menunggu keputusan muktamad daripada pihak yang sedang menjalankan siasatan. 
 
"Saya telah dimaklumkan perkara ini dan BAM akan buat segala yang boleh dan yang mampu untuk menolong pemain tersebut. 
 

"Saya harap beliau bersabar dan kita tunggu keputusan muktamad. Saya tak tahu bila dan saya harap ia dapat diadili sebaik mungkin. Kita serah kepada pihak berkuasa yang menentukan," katanya. 


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penutup Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia (PTIWRBNM) di Stadium Putra di sini, hari ini. 

Selain itu, Rosmah juga memohon orang ramai terutamanya rakyat Malaysia dapat memahami situasi yang dihadapi pemain berkenaan dan terus memberi sokongan walauapa pun keputusan yang bakal diumumkan kelak. 

Pada Sabtu, BAM mengumumkan ikon badminton negara disahkan positif bahan terlarang 'dexamethasone' dalam ujian sampel B yang dilakukan di Hospital Universiti Olso, Norway, Rabu lepas. 


Bagaimanapun, nama pemain itu masih belum boleh didedahkan sebelum selesai proses siasatan dijalankan oleh BWF. 

Pemain negara itu kini dikenakan tindakan penggantungan sehingga tamat proses rayuan. 

Rosmah Mansor, BAM, doping

Artikel Sebelum

Doping: KBS, BAM Bantu Chong Wei

Artikel Lain