suria

Van Gaal Arah United Dapatkan Ron Vlaar

PENGENDALI Manchester United, Louis van Gaal dilaporkan telah memberi 'lampu hijau' kepada kelab itu untuk memulakan urusan mendapatkan pertahanan Aston Villa, Ron Vlaar.

Krisis kecederaan barisan pemain pertahanan United sejak awal musim memaksa jurulatih kelahiran Belanda itu mendapatkan pertahanan baharu terutamanya pada tingkap pemindahan pemain Januari akan datang.

Menurut The Mirror, Van Gaal telah mensasarkan Vlaar yang juga pemain Belanda sebagai calon terbaik untuk menggantikan Marcos Rojo dan Jonny Evan.

Kedua-dua pemain pertahanan tengah itu mengalami kecederaan dengan Rojo akan berehat selama tiga bulan selepas bahunya terkehel ketika menentang Manchester City.

Ron Vlaar of Aston Villa runs with the ball during the pre season friendly match between Aston Villa and Parma at Villa Park on August 9, 2014

Kontrak Vlaar dengan Aston villa dijangka tamat pada hujung musim ini dan perkara itu memaksa kelab berkenaan perlu menjualnya pada harga rendah.

Berdasarkan laporan terbaharu, Arsenal yang dihimpit masalah pertahanan juga dijangka bersaing dengan United untuk mendapatkan Vlaar.

Ron Vlaar, Manchester United

Artikel Lain