suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Klip Video Maradona Belasah Teman Wanita Tersebar

SATU klip video menunjukkan lagenda bola sepak dunia bermasalah iaitu, Diego Maradona memukul teman wanitanya telah dimuat naik ke dalam talian baru-baru ini.

Bintang Argentina berusia 53 tahun itu didakwa memukul Rocio Oliva, 24, dalam keadaan mabuk.

Video yang dirakam oleh Oliva sendiri itu pada mulanya didedahkan oleh akhbar Sepanyol, El Mundo dan kemudian diterjemahkan ke Bahasa Inggeris oleh New York Daily News.

Maradona dan Oliva.

Dalam klip berkenaan, wanita terbabit menangis meminta Maradona berhenti memukulnya.

Laporan akhbar Argentina pula memaklumkan bahawa Maradona mengaku lelaki terbabit adalah dirinya, bagaimanapun menafikan telah berlaku serangan.

Maradona sebelum ini pernah dituduh melakukan penderaan fizikal terhadap Oliva tetapi tiada pendakwaan dilakukan selepas itu.

Maradona, Argentina

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain