suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ronaldo Yakin Van Gaal Mampu Bawa Kejayaan Buat Man United

BINTANG bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo yakin Louis van Gaal akan membawa kejayaan untuk Manchester United.

Ronaldo yang juga pemain paling bernilai di Real Madrid dan pernah bersama United sejak 2003 hingga 2009 memberitahu, kelab itu telah menemui jurulatih yang mampu menggantikan Alex Ferguson.

"Van Gaal merupakan seorang jurulatih terbaik dunia dan saya percaya dia mampu membawa United menjadi juara semula - jika bukan tahun ini, ia akan berlaku secepat mungkin selepas ini.

"Alex Ferguson telah berkata bahawa Van Gaal memerlukan masa dan ianya benar. Ini kerana, ketika mula mengendali United, Ferguson juga gagal memenangi sebarang kejuaraan untuk beberapa tahun.

"Untuk mendapat pasukan terbaik ia memerlukan masa, oleh itu berikan masa kepada Van Gaal.

Ronaldo menambah, walaupun Chelsea merupakan pasukan yang kuat ketika ini dalam Liga Perdana Inggeris, tetapi tiada siapa yang tahu akan nasibnya selepas ini.

"Chelsea telah melakukan permulaan yang baik dan mampu menjadi juara. Saya United akan kembali berada di puncak liga, tetapi Chelsea mendahului dengan jumlah mata lebih besar."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain