suria

Lotus Tamatkan Hubungan Dengan Renault Guna Enjin Mercedes Mulai 2015

Musim ini adalah musim terakhir Lotus menggunakan enjin Renault dalam saingan F1.

> Pasukan Lotus Formula One menamatkan hubungan jangka panjangnya dengan Renault

> Lotus akan mengambil alih tempat McLaren sebagai pengguna enjin Mercedes dalam F1

> McLaren akan kembali ke pangkuan Honda untuk pertama kali dalam tujuh tahun

> Honda akan muncul kembali ke pangkuan F1 selepas tujuh tahun menarik diri

LOTUS telah mengumumkan secara rasmi yang mereka akan menggunakan enjin yang dikuasakan oleh Mercedes mulai musim 2015.

Pengumuman tersebut menamatkan spekulasi sebelum ini yang Lotus bakal mencapai kerjasama dengan Mercedes.

Renault, yang merupakan pembekal enjin kepada Lotus baru-baru ini menegaskan yang tumpuan utama mereka dalam F1 adalah bersama pasukan Red Bull.

Lotus berhadapan dengan pelbagai cabaran teknikal musim ini termasuklah masalah rekabentuk dan juga kuasa enjin yang menyebabkan prestasi mereka merudum tidak sepertimana musim lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Lotus, Matthew Carter berkata: "Kami berasa bangga kerana dipilih oleh Mercedes AMG sebagai rakan jangka panjang dalam saingan F1 dan kami berhasrat untuk kembali sebagai satu pasukan yang kompetatif musim depan bersama-sama Mercedes."

Dengan keputusan untuk membekalkan enjin kepada Lotus ini bermakna, Mercedes akan diwakili oleh tiga buah pasukan F1 musim depan iaitu Williams, Force India dan Lotus di samping pasukan mereka sendiri.

Lotus, Mercedes, Honda, McLaren, Formula One

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain