suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Russell Slade Dilantik Sebagai Pengurus Baharu Cardiff City

CARDIFF City melantik bekas pengendali Leyton Orient, Russell Slade sebagai pengurus baharu kelab ini.

Slade yang meninggalkan Orient bulan lalu dipilih oleh kelab Bluebirds berikutan peninggalan Ole Gunnar Solskjaer pada 18 September lepas.

Kelab Divisyen 1 ini telah mengesahkan mengenai perlantikan Slade awal pagi Selasa.

Tugas berat Slade kini menanti dengan kedudukan pasukan yang ke-15 dan hanya memenangi satu perlawanan daripada sembilan aksi musim ini.

Prestasi turun naik Cardiff bermula selepas tersingkir dalam aksi Liga Perdana Inggeris musim lalu.

"Kestabilan, integriti dan pengalaman yang membawa dia ke Cardiff City serta yakin dia akan memberi sesuatu kepada kelab," jelas pemilik kelab, Tan Sri Vincent Tan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain