Bianchi Bergantung Alat Bantuan Pernafasan - Sukan | mStar

Bianchi Bergantung Alat Bantuan Pernafasan

Gambar fail Jules Bianchi. Pelumba Perancis itu kini terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan selepas mengalami kemalangan dalam perlumbaan Formula 1 Grand Prix Jepun pada Ahad. Foto AP

PELUMBA Marussia, Jules Bianchi terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan selepas cedera parah akibat kemalangan dalam perlumbaan Formula 1 Grand Prix Jepun pada Ahad.

Pelumba Perancis itu mengalami kecederaan teruk di kepala selepas melanggar traktor keselamatan yang cuba mengalih jentera pelumba Adrian Sutil yang terbabas sebelum itu ketika kelajuan 160mph.

Bianchi menjalani pembedahan otak selama tiga jam dan kini berada di unit rawatan rapi (ICU) untuk pemantauan perkembangan kesihatannya.

Mengenai beberapa laporan awal yang mendakwa pelumba berusia 25 tahun itu mampu bernafas tanpa menggunakan alat bantuan pernafasan, Sky Sport News mengesahkan bahawa perkara itu tidak benar.

"Kita tidak mendapat sebarang perkembangan rasmi daripada pihak hospital tetapi saya difahamkan bahawa Jules kini berada dalam keadaan yang amat kritikal, dan sedang bertarung nyawanya. 

"Dan saya ingin memperjelaskan mengenai beberapa maklumat yang salah yang telah dilaporkan oleh media Perancis dan beberapa yang lain lagi di UK," kata Craig Slater dari Sky Sport News yang melaporkan perkara tersebut pada Isnin. 

"Saya mengesahkan bahawa malangnya berita mengenai Jules tidak menggunakan alat bantuan pernafasan itu adalah tidak benar. Apa yang saya difahamkan bahawa beliau masih lagi bergantung kepada alat bantuan pernafasan pada masa ini bagi membolehkan beliau bernafas.

"Saya juga boleh mengesahkan bahawa beliau tidak menjalani prosedur pembedahan kedua. Apa yang saya difahamkan bahawa beliau menjalani satu pembedahan pada kira-kira pukul 11 malam waktu Jepun dan sejak itu beliau ditempat di unit rawatan rapi," tambahnya.



Jules Bianchi , Grand Prix Jepun

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain