suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lima Lelaki Ditahan Ekoran Rusuhan Di Stadium Sarawak

KUCHING: Lima lelaki termasuk empat remaja ditahan kerana disyaki terlibat bertindak agresif merusuh di Stadium Negeri di Petra Jaya di sini sehingga mencederakan lima anggota polis dan merosakkan tujuh kenderaan rasmi mereka malam Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching (Operasi), Supt Fauzilan Abdul Aziz mengesahkan penangkapan itu pada Sabtu yang membabitkan empat remaja berumur di antara 17 dan 18 tahun, serta seorang lelaki berumur 20 tahun.

Menurutnya kejadian bermula kira-kira pukul 11 malam Sabtu selepas selesainya perlawanan bola sepak Piala Malaysia di antara pasukan Sarawak dan Perak di stadium itu. 

Kira-kira 2,000 orang penonton memasuki padang perlawanan sebelum mereka membakar suar dan mercun, selain melontar objek ke arah anggota polis yang bertugas namun dapat dileraikan dalam tempoh 30 minit selepas itu.

Bagaimanapun, situasi tegang timbul kembali di luar stadium apabila sekumpulan lelaki bertindak merosakkan sebuah trak, tiga unit kereta jenis Perodua Kancil, sebuah kereta jenis Proton Waja dan sebuah van jenis Toyota yang kesemuanya milik Polis.

Perusuh-perusuh yang terlibat seterusnya membakar sebuah kenderaan pacuan empat roda Polis jenis Perodua Kembara sehingga rosak keseluruhannya. 

rusuhan, Stadium Sarawak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain