suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Daley Blind Tiba Di Manchester Jalani Ujian Perubatan

PEMAIN Ajax, Daley Blind tiba di Manchester pada Sabtu untuk menjalani ujian perubatan sekaligus melengkapkan perpindahan ke Manchester United dengan yuran bernilai £13.8 juta.

Pertahanan kiri Ajax itu akan menandatangani terma peribadi selepas ujian perubatan untuk melengkapkan pemindahan tersebut.

On the brink: Daley Blind at the Bridgewater Hospital in Manchester on Saturday to undergo a medical On the brink: Daley Blind at the Bridgewater Hospital in Manchester on Saturday to undergo a medical

Daley Blind ketika tiba di Hospital Bridgewater, Manchester untuk menjalani ujian perubatan pada Sabtu.

Menerusi ketibaan Blind, bererti Louis van Gaal kini telah membelanjakan sebanyak £160 juta untuk membentuk semula United.

Blind yang merupakan anak kepada bekas ketua pasukan Ajax, Danny adalah pemain utama skuad Belanda yang dikendalikan oleh Van Gaal pada saingan Piala Dunia lalu.

Van Gaal memberitahu," Daley akan datang ke Manchester untuk menjalani ujian perubatan dan mungkin kami akan mendapat pemain baharu."

Tempoh pemindahan pemain yang bakal berakhir pada Isnin menyaksikan United cuba mendapatkan pemain tengah Sporting Lisbon, William Carvalho bernilai £20 juta serta menjual Danny Welbeck kepada Tottenham pada harga £12 juta.

Manakala Tom Cleverly yang mempunyai baki kontrak selama setahun bakal menyertai Everton atau Aston Villa dalam tempoh terdekat.

Manchester United, Ajax

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain