suria

Arsenal Dijangka Tandatangani William Carvalho

ARSENAL yakin dapat menandatangani pemain tengah Sporting Lisbon, William Carvalho sebelum tingkap pemindahan pemain ditutup pada Isnin selepas membuat bidaan sebanyak £21.3 juta.

The Gunners telah mengikuti perkembangan Carvalho sejak tiga minggu lalu dan membuat bidaan awal pada harga  £20 juta, tetapi ia ditolak oleh Sporting.

Bagaimanapun, kelab itu kini telah menurunkan harga jualan Carvalho dan berikutan itu Arsenal dilapor membuat bidaan semula.

Sumber Arsenal memberitahu, kenaikkan jumlah bidaan telah memberi peluang kepada Arsene Wenger untuk menandatangani pemain terbabit.

Proses pemindahan pemain terbabit dijangka berlaku pada waktu terakhir sebelum tingkap pemindahan pemain pada musim panas ini ditutup.

Arsenal, Sporting Lisbon

Artikel Sebelum

Artikel Lain