suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gol Mandzukic Bantu Atletico Julang Piala Super Sepanyol

Mandzukic muncul wira Atletico apabila menjaringkan gol kemenangan untuk pasukan itu.
GOl tunggal penyerang Mario Mandzukic membolehkan Atletico Madrid menewaskan Real Madrid pada aksi pusingan kedua Piala Super Sepanyol dengan agregat kemenangan 2-1.

Atletico menang 1-0 pada pertemuan kedua di Stadium Vicente Calderon, Madrid, Sepanyol, awal pagi Sabtu.

Pada pusingan pertama, kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Mandzukic melakukan rembatan kencang yang gagal ditampan penjaga gol Real, Iker Casillas selepas memanfaatkan hantaran yang dilakukan oleh pemain tengah Antoine Griezmann.


Pemain Atletico Madrid bergambar bersama trofi Piala Super Sepanyol selepas menewaskan Real Madrid dengan agregat kemenangan 2-1.

Atletico bermula cemerlang dengan melakukan dua serangan pada babak pertama.

Pendatang baharu Real, James Rodriguez memulakan permainan di posisi sayap kiri manakala pemain bintangnya, Cristiano Ronaldo direhatkan dibangku simpanan bersama penjaga gol baharu, Keylor Navas.

Real bangkit untuk memberikan asakan menerusi rembatan Rodriguez pada minit ke-25 tetapi tersasar.

Perlawanan Piala Super Sepanyol merupakan pertembungan yang diadakan sebelum permulaan kempen La Liga diantara juara Liga - Atletico (tahun ini) dan juara Copa del Rey tahun lalu - Real Madrid.

Kali terakhir Atletico menjuarai Piala Super Sepanyol adalah kira-kira 29 tahun yang lalu.

Barisan pemain:

Real Madrid: Casillas, Carvajal, Varane, Ramos, Coentrão (Marcelo 70'), Alonso, Kroos (Ronaldo 46'), Modrić, Rodriguez (Isco 65'), Benzema, Bale

Gol: Tiada

Atlético Madrid: Moya, Juanfran, Miranda, Godín, Siqueira, Tiago, Gabi, Koke, Griezmann (Jiménez 73'), Raúl García (Ñíguez 90'), Mandzukic (C. Rodriguez 85')

Gol: Mandzukic (2')

Piala Super Sepanyol

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Bundesliga

Artikel Lain