suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Arsenal, Man United Perlu Keluarkan £40 Juta Jika Mahu Costa

ARSENAL dan Manchester United perlu mengeluarkan belanja sebanyak £40 juta jika pasukan tersebut ingin mendapatkan Douglas Costa.

Pemain kelahiran Brazil berusia 23 tahun yang belum pernah mewakili skuad kebangsaan dan bebas untuk diberi kerakyatan lain dikaitkan dengan pemindahan ke Stadium Emirates dan Old Trafford.

Selain itu, kelab gergasi Itali, AC Milan turut dilaporkan berminat terhadap Costa.

Menurut laporan Daily Star, Shakhtar Donetsk meletakkan harga setinggi £40 juta kepada kelab yang mahukan khidmat Costa.

Setakat ini juga pengendali Manchester United, Louis van Gaal mengumumkan untuk menambah lebih ramai pemain baharu selepas skuadnya tewas kepada Swansea 1-2 di laman sendiri.

Berikutan itu, United dijangka akan berusaha mendapatkan pemain terbabit berbanding Arsenal.

Arsenal, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain