suria

Liverpool Berminat Dapatkan Radamel Falcao

LIVERPOOL dilaporkan telah membuat pertanyaan terhadap penyerang Monaco, Radamel Falcao tetapi bintang Colombia itu bakal menyertai Real Madrid.

The Reds juga dilaporkan telah mengadakan hubungan dengan Paris St Germain (PSG) berhubung perpindahan  Edinson Cavani yang akan meninggalkan kelab berkenaan.

Falcao sebelum ini dikehendaki Liverpool menerusi penjaman dalam tempoh masa panjang sebelum mengikat kontrak tetap bernilai £10 juta.

Liverpool terpaksa mengintai penyerang Monaco itu selepas gagal mendapatkan Wilfried Bony dan Loic Remy yang gagal dalam ujian perubatan.

Falcao kini baru sembuh daripada kecederaan ligamen dan dalam proses mengembalikan kecergasan ke tahap asal.

Liverpool dilaporkan berminat terhadap pemain berkenaan selepas dia menjaringkan gol tunggal ketika menentang Arsenal pada minggu lalu.

Liverpool

Artikel Lain