suria

Thomas Vermaelen Tolak Arsenal, Barcelona, Pilih Man United

THOMAS Vermaelen bakal mengecewakan Barcelona dan kelabnya, Arsenal apabila dia kini diambang menyertai Manchester United.

Pegawai Barcelona kini dilaporkan berada di London untuk memujuk Vermaelen dengan pakej kontrak lumayan dan jangka masa panjang.

Pemain berusia 28 tahun itu yang bernilai £15 juta menjadi rebutan pengendali United, Louis van Gaal dan Barcelona.

Berikutan itu, kedua-dua kelab berkenaan kini bersaing memikat hati pemain terbabit denga kontrak dan penampilan dalam perlawanan.

Arsene Wenger yang berusaha mengekalkan Vermaelen bersama skuadnya bersedia melepaskan pemain terbabit kepada Barcelona tetapi bukan United.

Bagaimanapun, Vermaelen lebih berminat untuk menyertai United kerana memiliki teman wanita yang merupakan model tempatan, Polly Parsons serta seorang anak kecil.

Pemain terbabit juga dikatakan ingin bersama bekas rakan sepasukanya iaitu Robin van Persie di United.

Selain itu, peluang tampil sebagai pemain utama antara faktor yang mendorong  Vermaelen untuk bersama Van Gaal.

Arsenal, Manchester United, Barcelona

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain