suria

Man City Tawar Sergio Aguero Gaji Baharu, £210,000 Seminggu

MANCHESTER City berharap Sergio Aguero akan menandatangani kontrak baharu dengan gaji sebanyak £210,000 seminggu sebelum Liga Perdana Inggeris (EPL) musim baru bermula.

Pembaharuan nilai gaji itu membuktikan bahawa juara EPL musim lalu tersebut mahu penyerang berkenaan kekal lebih lama.

Real Madrid dan Barcelona kini tidak lagi menyembunyikan minat mereka terhadap pemain Argentina berusia 26 tahun itu dan faktor tersebut menyebabkan City melanjutkan kontraknya sehingga 2017.

Aguero yang mengalami kecederaan pada hujung musim lalu telah menjaringkan 28 gol dalam 34 perlawanan.

Selain itu, City turut melakukan perbincangan untuk melanjutkan kontrak Edin Dzeko, Joe Hart dan James Milner.

Milner bagaimanapun ingin mengetahui jumlah perlawanan yang dapat dia beraksi sebelum melanjutkan kontrak.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain