suria

Wee Wern Sasar Aksi Akhir Sukan Asia 2014

KUALA LUMPUR: Pemain skuasy wanita nombor dua negara, Low Wee Wern meletakkan sasaran tinggi dalam Sukan Asia 2014 akan datang di Korea Selatan dengan mengintai tempat di final dalam acara individu.

Anak kelahiran Pulau Pinang berusia 24 tahun itu berharap dapat memperbaiki pencapaian pingat gangsa yang dimenanginya dalam edisi 2010 di China, dan berkata saingan terbesar bakal dihadapinya dari dua negara iaitu India serta Hong Kong dalam edisi 2014 yang berlangsung di Incheon mulai 19 September depan.

"Saya harap pasukan kami dapat mengekalkan pingat emas yang kami raih pada 2010 dan bagi acara perseorangan, saya harap dapat mara ke final.

"Saya baru sembuh daripada demam denggi dan mudah-mudahan ini akan melonjakkan semangat saya untuk melakukan yang terbaik dalam kejohanan akan datang," katanya kepada pemberita selepas melancarkan slogan iklan baharu Pumaiaitu 'Forever Faster'," Khamis.

Wee Wern berkata sebelum Sukan Asia, dia akan beraksi dalam Terbuka Malaysia 2014, yang akan diadakan di Pusat Skuasy Negara dari 17-23 Ogos di samping Terbuka Hong Kong 2014 dari 24-31 Ogos.

"Saya harap dapat melangkah hingga suku akhir Terbuka Malaysia dan saya jangka akan bertemu pemain nombor tiga dunia dari Mesir, Raneem El Weleily jika berjaya melepasi pusingan awal manakala bagi Terbuka Hong Kong, saya harap dapat melakukan sebaik mungkin," katanya.

skuasy, low wee wern

Artikel Sebelum

Artikel Lain