suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Klausa Gigit Tiada Dalam Kontrak Suarez

Luiz Suarez
LONDON: Perpindahan Luis Suarez tiada kena mengena dengan insiden melampau semasa kempen Piala Dunia 2014 di Brazil, Jun lalu.


Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu menegaskan, urusan pembelian Suarez telah dimulakan sebelum insiden berkenaan terjadi.

"Ia tidak ada kena mengena dengan apa yang berlaku di Brazil.

"Kami tidak menghentikan usaha mendapatkan Suarez biarpun dia terlibat dalam insiden itu," kata beliau.

Suarez, 27, menyertai Barcelona daripada Liverpool dengan yuran perpindahan yang dilaporkan mencecah £75 juta (RM403.9 juta) sebaik kempen Piala Dunia berakhir.

Terdahulu, dia digantung empat bulan selepas didapati bersalah menggigit tonggak Itali, Giorgio Chiellini ketika beraksi bersama Uruguay dalam aksi peringkat kumpulan di Brazil.

Justeru, Suarez hanya boleh beraksi bersama The Catalan pada Oktober depan jika rayuannya tidak ditolak Mahkamah Timbang Tara Sukan.

Namun, Bartomeu juga menafikan terdapat klausa tertentu dalam kontrak Suarez sekiranya penyerang itu sekali lagi bertindak menggigit mana-mana pemain selepas ini.

"Tidak, klausa sedemikian tidak wujud. Jika ada, kami akan mengumumkannya, namun ia tidak ada sama sekali.

"Kami tidak bertukar fikiran sebaik insiden itu berlaku. Suarez tahu dia melakukan kesalahan dan telah meminta maaf, itu lebih penting buat Barcelona," kata Bartomeu.

Namun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai nasib Suarez jika menggigit pemain buat kali keempat selepas Otman Bakkal, Branislav Ivanovic dan Chiellini ketika bersama The Catalan selepas ini.

"Itu soalan yang sering ditanya kepada kami tetapi kami tidak boleh menjawab persoalan itu sekarang kerana ia masih belum berlaku," katanya.


Luiz Suarez, Barcelona

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain