LIMA pemain United kini berada diambang meninggalkan kelab itu selepas mereka dikatakan gagal mempamerkan aksi yang dikehendaki Louis van Gaal. Mereka terdiri daripada Nani, Anderson, Javier Hernandez, Marouane Fellaini, Shinji Kagawa dan Wilfried Zaha. Ashley Young yang turut tersenarai sebelum ini telah terkeluar apabila berjaya memikat pengendali baharu Manchester United. Kelima-lima pemain terbabit juga dikatakan gagal bermain dengan formasi 3-4-2-1 yang menjadi pilihan Van Gaal. Marouane Fellaini Tandatangan kontrak pada Ogos 2013 dengan nilai £27 juta dari Everton. Penampilan: 16 Gol: 0 Napoli antara yang berminat mendapatkannya. Shinji Kagawa Tandatangan kontrak pada Jun 2012 dengan nilai , £12 juta dari Borussia Dortmund. Penampilan: 38 Gol: 6 Dortmund berminat untuk mendapatkannya kembali selain Athletico Madrid. Wilfried Zaha Tandatangan kontrak pada Januari 2013 dengan nilai £15 juta dari Crystal Palace. Penampilan: 2 Gol: 0 QPR, Crystal Palace, West Ham dan Newcastle berminat terhadap aksinya. Nani Tandatangan kontrak pada Julai 2007 dengan nilai, £19 juta dari Sporting Lisbon. Penampilan: 146 Gol: 25 Juventus, Inter Milan, Valencia dan Arsenal berminat untuk mendapatkannya. Anderson Tandatangan kontrak pada Julai 2007 dengan nilai £20 juta dari Porto. Penampilan: 104 Gol: 5 Kelab dari Portugal dan Brazil berminat untuk mendapatkan khidmatnya. Javier Hernandez Tandatangan kontrak pada Julai 2010 dengan nilai £6 juta dari Guadalajara. Penampilan: 101 Gol: 37 Juventus, Inter Milan, Atletico Madrid, Tottenham dan Southampton bersedia mendapatkan pemain terbabit.