suria

Pinjaman Lampard: Man City Yakin Tidak Langgar Peraturan Fifa

MANCHESTER City yakin pihaknya tidak melanggar peraturan kewangan Fifa dengan mengambil Frank Lampard sebagai pinjaman ke kelab itu.

Pemain tengah berusia 36 tahun itu menandatangani kontrak selama dua tahun bersama New York City FC (NYCFC) tetapi dipinjamkan ke City kerana NYCFC hanya dibenarkan bermain dalam MLS pada Mac.

New deal: The midfielder join New York FC on a two-year deal after being released by Chelsea

Tindakan City meminjam Lampard telah dipertikai oleh pengendali Arsenal, Arsene Wenger kerana kelab itu dan NYCFC merupakan milik syarikat kupulan Bolasepak City.

Percaturan pemain yang dipinjamkan menerusi pemilikan yang sama dianggap salah oleh Wenger yang bakal berdepan City dalam saingan Perisai Komuniti pada Ahad.

Wenger mendakwa pemilik City menggunakan kuasa kewangan untuk membuat percaturan pemain melibatkan beberapa liga.

Berikutan itu, dia meminta Fifa meneliti pinjaman yang dibuat City.

Sementara itu, bekas pertahanan Chelsea, Ricardo Carvalho berkata, ramai penyokong dan dirinya sendiri terkejut dengan keputusan Lampard untuk mewakili City.

"Tetapi kita perlu menghormati keputusannya kerana Chelsea juga mengalu-alukan kepulangan pemain terbabit selepas ini," jelasnya.

Confident: Man City don't believe they've broken Financial Fair Play rules with Frank Lampard loan signing

Manchester City, Arsenal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain