suria

Bolt Yakin Boleh Berlari Sehingga Kejohanan Dunia 2017

GLASGOW: Juara enam Sukan Olimpik, Usain Bolt berulang kali meluahkan niatnya untuk terus beraksi sehingga Kejohanan Dunia 2017 selepas memenangi pingat emas acara berganti-ganti  Sukan Komanwel pada Sabtu.

Lelaki terpantas dunia itu sebelum ini merancang untuk bersara selepas Olimpik 2016 di Rio de Janeiro Sukan Olimpik tetapi memberitahu dia boleh menangguhkan perancangan itu setahun lagi.

"Saya selalu berkata bahawa selepas Rio saya mahu bersara tetapi mereka terus mengatakan saya perlu berlari lagi sehingga 2017, jadi saya fikir saya boleh melakukan itu dan ia akan menjadi kejohanan terakhir saya," kata Bolt. 

Bolt berkata demikian kepada pemberita selepas memberi pingat emas pertama kepada  Jamaica dalam acara 4x100 meter.

"Sesi latihan tidak begitu mudah jadi saya sangat gembira kerana dapat melakukan apa yang saya mahu dalam sukan ini," katanya. 

Bolt,27, merupakan juara dunia lapan kali dan memegang rekod dunia acara 100 dan 200 meter. 

Pada Sukan Olimpik di London 2012, dia memenangi tiga pingat emas, dan dalam tempoh tiga tahun dia berfikir untuk bersara serta sudah berunding dengan bekas pemegang rekod Olimpik 400m dan dunia. 

"Saya bertanya kepada Michael Johnson mengapa dia bersara ketika berada di puncak prestasi  dan dia memberitahu tidak ada ada apa-apa lagi untuk dicapai.

"Saya fikir apabila anda telah mencapai segalanya, kamu hanya perlu bersara," ujar Bolt.

usaint bolt, jamaica, world

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain