suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Skuad Hoki Lelaki Negara Diaibkan England 1-8

Ashley Jackson muncul wira pasukan England selepas menghasilkan empat gol iaitu pada minit ketiga, minit ke-43, minit ke-55 dan minit ke-60.

GLASGOW: Skuad hoki lelaki negara diaibkan dengan kekalahan besar 1-8 kepada England pada aksi kedua Kumpulan B di Stadium Hoki Nasional, Glasgow di sini pada Ahad.

Ashley Jackson muncul wira pasukan England selepas menghasilkan empat gol iaitu pada minit ketiga, minit ke-43, minit ke-55 dan minit ke-60.

Baki empat lagi jaringan disumbangkan oleh Adam Dixion pada minit ke-49, Mark Gleghorne minit ke-64, Phil Roper minit ke-67 dan Alastair Brogdon melengkapkan pesta gol England pada minit ke-69.

Manakala jaringan saguhati negara hadir menerusi Muhammad Shahril Saabah pada minit ke-25.

Pada perlawanan pembukaan skuad hoki negara mencatat kemenangan 2-0 menentang Kanada.

Penolong jurulatih skuad hoki lelaki negara K.Gobinathan menyifatkan keputusan itu sudah seperti dijangka sebagaimana beliau mengakui kehebatan pasukan nombor lima dunia tersebut.

"Inilah pasukan lawan paling kuat skuad negara hadapi...yang pasti kita kena mempertingkatkan lagi benteng pertahanan negara. Pemain England mempunyai kelebihan dari aspek fizikal," katanya kepada pemberita.

Malaysia dijadualkan bertemu Trinidad and Tobago pada Selasa, pukul 11 pagi waktu tempatan atau 6 petang waktu Malaysia dan New Zealand pada 31 Julai bagi perlawanan akhir peringkat kumpulan.

Artikel Lain