suria

Piala Malaysia: T-Team Guna Pemain Piala Presiden Perkuatkan Pasukan

Mohd Azrai Khor Abdullah

KUALA TERENGGANU: Pasukan T-Team akan menurunkan beberapa pemain daripada skuad Piala Presiden bagi memperkuat pasukan dalam menempuh saingan Piala Malaysia yang bermula 13 Ogos ini.

Ketua Pegawai Operasi T-Team Mohd Syahrizan Mohd Zain berkata setakat ini pihaknya telah mengenal pasti dua pemain untuk memperkuat benteng pertahanan dan barisan tengah.

"Buat masa ini, 10 pemain skuad Piala Presiden telah menjalani saringan bersama kami. Namun setakat ini, hanya dua pemain sahaja kita kenal pasti yang terbaik akan mengisi kesebelasan utama skuad ini nanti," katanya pada Rabu.

Selain itu katanya pasukan The Titans bimbingan Mohd Azrai Khor Abdullah juga akan diperkuatkan dengan beberapa penyerang import.

Bagi memastikan kesiapsiagaan pasukan, pihak pengurusan sudah mengatur beberapa perlawanan persahabatan sebagai pemanas badan, katanya.

The Titans yang diundi dalam Kumpulan D akan membuka tirai saingan menentang Selangor di laman sendiri.

Selain Selangor dan T-Team, Sime Darby FC dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga diundi dalam Kumpulan D.Mohd Syahrizan berkata sekalipun meletakkan diri sebagai pasukan 'underdog', T-Team menyasarkan untuk mengulangi kejayaan musim 2011, iaitu mara ke separuh akhir.

T-team, Piala malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain