suria

Loic Remy Milik Liverpool

LIVERPOOL bersetuju membayar sebanyak £8.5 juta kepada QPR untuk mendapatkan penyerang Perancis, Loic Remy.

Bidaan tersebut telah mengaktifkan fasal perpindahan pemain berusia 27 tahun itu yang dipinjamkan ke Newcastle pada musim lalu dan menjaringkan 14 gol dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Remy kini akan membincangkan mengenai terma peribadi sebelum melalui pemeriksaan perubatan dan menyelesaikan perpindahan.

Remy merupakan sebahagian daripada skuad Perancis yang layak ke suku akhir Piala Dunia, Brazil hanya diturunkan sebanyak dua kali sebagai pemain simpanan.

Pemain terbabit dipinjamkan ke Newcastle selepas QPR terkeluar daripada EPL pada 2013.

Ketibaan Remy di Anfield dianggap tepat pada masanya apabila Liverpool menerima bidaan bernilai £14 juta daripada Sunderland bagi mendapatkan Fabio Borini yang dipinjamkan sebelum ini.


Liverpool, Perancis

Artikel Lain