suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Iker Casillas Mahu Ke Arsenal

IKER Casillas mahu Real Madrid melepaskannya bagi membolehkan penjaga gol Sepanyol itu menyertai Arsenal secara percuma, lapor media Sepanyol.

Bekas penjaga gol utama Madrid itu kini hilang posisi asal apabila tugasnya diambil alih oleh Diego Lopez sejak dua musim lalu.

Keududukan Casillas semakin tercabar apabila Madrid menandatangani penjaga gol Chile, Keylor Navas dan bersedia memberikan tugas penting kepadanya.

Arsenal yang meminati penjaga gol berusia 33 tahun itu sejak sekian lama kini telah mengadakan hubungan lebih rapat dengan pemain tersebut.

Hasrat Casillas untuk menjadi penjaga gol utama di Arsenal juga sedikit terhalang pada awalnya apabila kelab itu menandatanagani pemain Colombia, David Ospina.

Bagaimanapun pemergian  Lukasz Fabianski ke Swansea membuka peluang kepada Casillas untuk menjadi penjaga gol utama Arsenal sekiranya berhijrah ke kelab berkenaan pada musim panas ini.

Real Madrid, Arsenal

Artikel Berikut

Artikel Lain