suria

Real Madrid Kekal Kelab Paling Bernilai Dunia

Real Madrid menjulang trofi Liga Juara-Juara musim lalu.

REAL Madrid masih mengekalkan gelaran kelab termahal dunia, berikutan maklumat yang dikeluarkan oleh Forbes pada Rabu.

Menurut Forbes, kelab Bolasepak Amerika itu berada dalam kedudukan ketiga teratas dengan juara Eropah tersebut bernilai 2.01 bilion pound (RM10.98 bilion) untuk kali kedua berturut-turut.

Musuh tradisi La Liga, Barcelona berada di tempat kedua dengan 1.97 bilion pound (RM 10.71 bilion), manakala Manchester United di tangga ketiga dengan 1.64 bilion pound (RM 8.96 bilion).

Sementara itu, New York Yankees yang beraksi dalam Liga Besbol utama di kedudukan keempat 1.46 bilion pound, manakala Dallas Cowboy bernilai 1.34 bilion pound.

Selain itu pasukan Formula Satu (F1), Ferrari berada di tangga ke-21 dengan nilai 700 juta pound, manakala pasukan McLaren, Oakland Raiders (NFL) and New York Mets (MLB) terkeluar daripada senarai 50 kelab sukan terkaya.

Senarai penuh pasukan paling bernilai:

1. Real Madrid -  2.01 bilion pound 

2.Barcelona - 1.97 bilion pound

3. Mancester United -1.64 bilion pound

4. Los Angeles Dodgers- £1.17 bilion

5.Bayern Munich £1.08 bilion

6.NFL's New England Patriots-£1.05 bilion

7.NFL's Washington Redskins £1 bilion

8.NFL's New York Giants £900 milion

9.New York Knicks (bola keranjang)- £820 juta

real madrid, forbes

Artikel Sebelum

Artikel Lain