suria

Louis van Gaal Tiba Di Manchester Sebagai Pengurus Baharu

LOUIS van Gaal tiba di Manchester pada Rabu untuk memulakan tugasnya membimbing kelab ternama dunia itu.

Jurulatih yang berjaya membawa Belanda di kedudukan ketiga saingan Piala Dunia tiba dengan menaiki jet peribadi pada pukul 8.40 pagi waktu England.

Jet peribadi yang membawa Van Gaal mendarat di Manchester pada pukul 8.40 pagi Rabu, waktu England.

Dia yang berusia 62 tahun kemudian dibawa ke kem latihan Manchester United di Carrington dengan menaiki kereta jenis Chevrolet berwarna hitam.

Van Gaal yang memilih untuk tidak bercuti selepas Piala Dunia tiba di Carrington untuk bertemu pemain selain berkenalan dengan kakitangan kelab.

Media Inggeris melaporkan, sebelum ketibaan Van Gaal, hampir kesemua pemain utama dan kakitangan dilihat memasuki kem latihan untuk pertemuan berkenaan.

Antara mereka ialah penolong jurulatih, Ryan Giggs (gambar bawah) dan Nicky Butt.



Selain itu ialah Ander Herrera, Wilfred Zaha, Anders Lindegaard, Luke Shaw, Chris Smalling, David De Gea dan ramai lagi.

Lindegaard tiba di Carrington.



Wilfred Zaha.



Ander Herrera.

Van Gaal dilantik untuk mengemudi United selepas kelab itu menggugurkan David Moyes yang mengambil tampuk kejurulatihan daripada pengurus paling berjaya Alex Ferguson.

Van Gaal bersama para pemain akan mengikuti jelajah ke Amerika Syarikat sebagai persediaan musim baru Liga Perdana Inggeris.

Di Amerika Syarikat, United akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Real Madrid dan beberapa kelab lain.


 

Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain