suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Man United Dapatkan Kevin Strootman Pada Januari Depan

Kevin Strootman (kiri Louis van Gaal) dikatakan antara pemain harapan pengurus baharu United.

MANCHESTER United akan mendapatkan bintang tengah Roma, Kevin Strootman, 24, selepas pemain itu sembuh daripada kecederaan pada Januari depan.

Pemain antarabangsa Belanda itu kini sedang dalam proses pemulihan daripada kecederaan lutut yang menyebabkan dia terlepas aksi Piala Dunia.

Berikutan itu, United kini dilaporkan telah mengadakan hubungan baik dengan Strootman yang diwujudkan oleh pengurus baharunya Louis van Gaal.

Bagaimanapun, tempoh yang lama itu mampu mengubah hasrat United termasuk apabila pemain berkenaan kembali beraksi untuk Roma.

Strootman dianggap sebagai pemain tengah yang lincah selain mempunyai kemahiran menyekat pemain lawan dengan baik.

Manchester United, Roma

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain