suria

Wilshere Bercuti Sambil Merokok

Wilshere sedang menghisap rokok ketika bercuti.

BINTANG Arsenal Jack Wilshere sekali lagi 'ditangkap' sedang menghisap rokok dalam tempoh sembilan bulan.

Wilshere dilihat bersama rakannya yang juga penjaga gol Manshester City, Joe Hart bergembira di Las Vegas.

Mereka dalam tempoh percutian selepas England tersingkir awal dalam aksi Piala Dunia baru-baru ini dan sebelum memulakan latihan pra musim liga tidak lama lagi.

Wilshere turut dilaporkan menghisap rokok di sebuah kelab malam pada Oktober lalu dan ketika itu menegaskan dia bukannya perokok dan memohon maaf mengenai tindakannya tersebut.

Wilshere (kanan) dilihat sedang meroko di luar sebuah kelab malam Oktober lalu.


Namun dia sekali lagi melakukan perkara yang menyusahkan dirinya.

Sehingga kini pihak Arsenal belum membuat sebarang komen dengan aksi nakal Wilshere ini.

Sebelum ini pengurus Arsenal, Arsene Wenger menegaskan dia tidak akan kompromi dengan mana-mana pemainnya yang menghisap rokok.

"Saya memang tidak bersetuju dengan kelakuan tersebut. Apabila kami seorang pemain bola sepak, kamu akan menjadi contoh dan tidak akan merosakan kesihatan sendiri.

"Kamu boleh rosakkan diri sendiri di rumah, kamu boleh minum di rumah, kamu boleh merokok di rumah kerana  tidak ada sesiapa yang melihatnya.

"Tetapi jika kamu keluar bersosial seperti ini, kamu akan rosakkan reputasi sendiri," tegas Wenger.

Dalam pada itu wakil Wilshere berkata, pemain tengah itu dicabar oleh rakannya untuk memegang rokok sebagai gurauan.

arsenal, Jack Wilseher, arsene wenger

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain