suria

Adidas Taja Manchester United £75 Juta

MANCHESTER United secara rasmi menandatangani perjanjian tajaan bersama Adidas bernilai £75 juta pada Isnin.

Perjanjian selama 10 itu mengejutkan pelbagai pihak kerana nilainya dua kali ganda lebih tinggi daripada tajaan yang diberikan Nike sebelum ini.

Walaupun jumlah itu dikatakan terlalu tinggi, namun Adidas menjangkakan mampu memperolehi sekitar £1.5 bilion dalam tempoh 10 tahun itu.

Final showing: Nike's ties with Manchester United will end after the coming season

Jersi baharu United yang akan digunakan pada musim depan.

Nike mula menaja United sejak 1992 dan perjanjian itu berakhir baru-baru ini.

Satu kenyataan yang dikeluarkan United berkata, "Manchester United plc (NYSE: MANU) telah mencapai satu perjanjian penajaan teknikal selama 10 tahun dengan Adidas menerusi pelarasan tertentu bagi kempen 2015/2016."

Ketua Eksekutif Kumpulan Adidas Herbert Hainer berkata: "Kami teruja untuk bekerjasama dengan Manchester United kerana ia salah satu kelab bola sepak yang paling berjaya dan disayangi di peringkat global. 

Manchester United, Adidas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain