suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PM Ucap Tahniah Kepada Pasukan Jerman

Najib (tengah) bersama Khairy (dua kanan) bersorak selepas Jerman menjaringkan gol tunggal perlawanan.

KUALA LUMPUR: Fiesta Samba Brazil  yang dianjurkan oleh Kementerian Belia Dan Sukan di Dataran Merdeka mendapat sambutan sambutan hangat seluruh warga Lembah Klang awal pagi Isnin.

Kemeriahan  menyaksikan pasukan pilihan masing-masing pada perlawanan akhir Piala Dunia 2014 di antara Jerman dan Argentina turut disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyokong pasukan pilihan Jerman tiba di Dataran Merdeka lebih kurang pukul 2.45 pagi, diiringi Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Rata-rata peminat memakai jersi pasukan pilihan, namun majoritinya lebih kepada pasukan Jerman.

Sebelum perlawanan bermula pukul 3 pagi, Khairy dilihat beramah mesra dengan penonton-penonton yang hadir dengan memakai jersi pilihannya, Argentina.

"Perlawanan final Piala Dunia yang mendebarkan! Syabas, Jerman, juara Baharu Dunia. Argentina adalah lawan yang hebat," kata Najib menerusi catatan laman Twitternya pada Isnin.

Sebahagian peminat-peminat Piala Dunia berkumpul di Dataran Merdeka bagi menyaksikan perlawanan akhir di antara Jerman dan Argentina.


Masa permainan 90 minit begitu sengit dan kedengaran jeritan penonton apabila cubaan tidak berjaya. 

Masa permainan diheret ke masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan.

Bintang Bayern Munich, Mario Goetze menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-113 sekaligus memadamkan jangkaan beraksi pada penentuan penalti. 

Jerman merangkul gelaran keempat Piala Dunia tahun ini selepas turut menjulang trofi berprestij ini pada tahun 1954, 1974 dan kali terakhir 1990.

piala dunia, final

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain