suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chelsea Kini Sedang Runding Dengan Didier Drogba Untuk Bawanya Kembali ke Stamford Bridge

Didier Drogba

DIDIER Drogba sudah berusia 36 tahun tetapi nampaknya, Chelsea mahukan khidmatnya kembali sebagai penyerang kedua pada saingan Liga Perdana Inggeris musim depan.

Chelsea kini sedang berunding dengan Didier Drogba untuk membawanya kembali ke Stamford Bridge.

Malah Jose Mourinho dilaporkan bersedia menawarkannya tugas sampingan sebagai salah seorang jurulatih skuad utama.

Drogba adalah seorang berstatus ikonik di Chelsea selepas memenangi tiga gelaran liga, empat Piala FA dan juga juara Eropah bersama kelab itu.

Dan Mourinho mengharapkan kehadirannya semula akan melonjakkan semangat kelab tersebut pada musim depan.

Mourinho memerlukan penyerang ekstra selepas Samuel Eto'o meninggalkan kelab itu, manakala Demba Ba dan Romelu Lukaku dijangka turut meninggalkan Chelsea.

Hanya Fernando Torres sahaja yang masih kekal bersama-sama skuad lama Chelsea walaupun Inter Milan masih memujuknya agar berhijrah ke Serie A.

Drogba kini bermain untuk juara Turki, Galatasaray.


Artikel Lain