suria

Klose Belum Buat Keputusan Mahu Bersara

Klose meraikan kejayaan menjuarai Piala Dunai 2014 bersama dua orang anak lelakinya.

MIROSLAV Klose bakal membuat keputusan mengenai masa depan antarabangsanya bersama Jerman dalam masa terdekat ini.

Pasukan Jerman merangkul gelaran juara dunia buat kali ke-4 di Brazil pada Isnin malah ini juga merupakan persembahan keempat Klose di pentas Piala Dunia.

Selepas 12 tahun tanpa berputus asa untuk mencium trofi piala dunia ini, Klose akhirnya mencapai kemuncak kejayaan dalam kariernya.

Pertama kali beraksi pada Piala Dunia 2002 namun tewas pada aksi final kepada Brazil di Yokohama dan layak ke separuh akhir 2010.

Lebih menarik, Klose mencatat rekod tersendiri dengan menjadi penjaring terbanyak Piala Dunia dengan 16 gol sekaligus mengetapikan rekod yang dipegang bekas pemain Brazil Ronaldo.

"Saya masih belum pasti lagi sama ada akan teruskan bersama skuad kebangsaan atau tidak.

"Saya akan mengambil beberapa malam dan selepas itu akan membuat keputusan."

miroslav Klose, jerman

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain