suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

McLaren Pasukan Pertama F1 Tanpa Sistem Suspensi FRIC

PASUKAN McLaren menjadi pasukan Formula Satu (F1) pertama yang mengesah akan mengeluarkan sistem suspensi FRIC menjelang perlumbaan Grand Prix Jerman minggu ini.

Persekutuan Permotoran Antarabangsa (FIA) melewatkan tempoh larangan  penggunaan FRIC dalam F1 sehingga musim depan, asalkan semua pasukan bersetuju, namun harapan itu dilihat seperti tidak berjalan lancar.

Pada minggu lalu, majoriti memilih untuk mengekalkan FRIC musim ini, manakala sebahagian lagi bersetuju untuk tidak menggunakannya.

Dalam  pada itu, jika ada pasukan yang telah memgeluarkan sistem suspensi ini, mereka bakal berdepan dengan bantahan daripada pasukan lain.

"McLaren kini tidak menggunakan sistem suspensi FRIC pada perlumaan F1 Jerman nanti.

"McLaren tidak suka melanggar peraturan FIA," jelas jurucakap McLaren.

mclaren, suspensi FRIC, F1

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain