suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Menang Atau Kalah, Sabella Letak Jawatan Selepas Final Piala Dunia

BIARPUN aksi final Piala Dunia belum pun tamat, jurulatih Argentina Alejandro Sabella akan meletak jawatan sebaik sahaja perlawanan bertemu Jerman berakhir awal pagi Isnin ini.

Ejen jurulatih itu, Eugenio Lopez berkata: "Selalu mempunyai fikiran positif untuk lebih maju. Saya percaya dia telah memberikan segalanya kepada skuad kebangsaan Argentina, dan kini tibalah masa Sabella membuka peluang kepada orang lain.

Argentina menjulang trofi Piala Dunia di tempat lawan pada tahun 1986, namun perlawanan akhir kali ini dilihat sukar, lebih-lebih lagi selepas Jerman menewaskan Brazil 7-1 pada separuh akhir Rabu lalu.

Kontrak Sabella,59, bersama skuad Argentina dikatakan akan tamat sebaik sahaja Piala Dunia berakhir selepas mengambil tugas ini pada tahun 2011.

"Dia akan pergi. Dia akan tinggalkan skuad ini dalam apa jua berlaku. Sama ada mereka juara atau tidak, ia bakal tamat," tambah Lopez.

Artikel Lain