suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Piala Dunia: Rizzoli Jadi Pengadil Perlawanan Akhir

Nicola Rizzoli
RIO DE JANEIRO: Pengadil dari Itali, Nicola Rizzoli akan mengadili perlawanan akhir Piala Dunia antara Jerman dan Argentina.

Dengan perlawanan akhir melibatkan pasukan dari Eropah dan Amerika Selatan, ramai menjangkakan FIFA akan melantik pengadil dari Asia untuk mengendalikan perlawanan Ahad ini.

Walau bagaimanapun, pengerusi jawatankuasa pengadilan FIFA, Jim Boyce berkata tugas tersebut akan diberikan kepada Rizzoli.

"Kami memilih pengadil yang terbaik untuk perlawanan yang terbaik, dan pengadil dari Itali akan mengadili perlawanan," kata Boyce.
Piala Dunia, Nicola Rizzoli, Italy

Artikel Lain