suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sami Khedira Terima Gaji Tertinggi Di Arsenal

SAMI Khedira bakal menerima gaji tertinggi di Arsenal jika The Gunners membeli pemain itu dari Real Madrid pada musim panas ini.

Pemain tengah Jerman itu boleh dibeli pada harga £24 juta namun kelab yang mendapatkanya perlu memberikan gaji seperti yang diterima di Real Madrid.

Jika Khedira ke Arsenal dia bakal menerima gaji sebanyak £150,000 seminggu seperti di kelab lama dan jumlah itu melebihi pendapatan Mesut Ozil iaitu berjumlah £140,000 seminggu.

Ia juga bermakna Khedira merupakan pemain yang menerima gaji tertinggi di Arsenal.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger yang sedang membuat percaturan menguatkan jentera tengah skuadnya turut meminati rakan pasukan kebangsaan Khedira, iaitu Lars Bender.

Bagaimanapun Laverkusen tidak akan menjual pemain terbabit malah dijangka sedia melanjutkan kontraknya ke satu tempoh lebih lama.

Sehubungan itu, Sami Khedira kini merupakan pemain sasaran utama Wenger dalam memantapkan barisan tengah. 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain