suria

Divock Origi, Lazar Markovic Tiba Di Liverpool

Origi berbaju lengan oren tiba di Melwood untuk mengakhiri kontrak bersama Liverpool sebelum menjalani pemeriksaan perubatan pada Rabu.

LIVERPOOL diambang melengkapkan pembelian dua pemain bernilai £30 juta iaitu bintang Piala Dunia Belgium, Divock Origi dan pemain sayap Benfica, Lazar Markovic.

Origi dilaporkan telah tiba di Liverpool pada Rabu untuk membincangkan syarat kontrak dengan pegawai kelab di Melwood sebelum menjalani pemeriksaan perubatan bersama Markovic pada Khamis.

Yuran perpindahan sebanyak £19.8 juta yang dituntut Benefica bagi melepaskan Markovic telah dipersetujui Liverpool setakat ini.

Bagi mendapatkan Origi pula Liverpool akan membelanjakan sebanyak £10 juta bagi memastikan pemain muda itu dilepaskan oleh Lille sebelum Tottenham Hotspurs membuat bidaan pada minit terakhir.

Divock Origi

Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers mempunyai dana sebanyak £75 juta menerusi penjualan Luis Suarez yang akan ke Barcelona dalam tempoh terdekat.

Berikutan itu, dia dilihat tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan pemain bagi menggantikan posisi Suarez.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain