suria

Van Gaal Beli Rumah Di Manchester, Terus Pulang Selepas Piala Dunia

PENGURUS baharu Manchester United, Louis van Gaal akan memulakan tugasnya di Old Trafford secepat mungkin apabila kelihatan sibuk dalam urusan pembelian rumah berdekatan Cheshire.

Walaupun sibuk bersama skuad Belanda di Brazil, tetapi urusan pembelian rumah sedang dilakukan isteri Van Gaal iaitu Truus.

On the ball: Van Gaal's wife Truus (centre) has been searching in the area for a few weeks

Truss (gambar) yang merupakan pemegang harta milik Van Gaal kini sedang sibuk memilih rumah sesuai untuk didiami mereka.

Sportsmail mendedahkan, Van Gaal telah meletakkan deposit keatas sebuah rumah sejak 10 hari lalu disamping meninjau kediaman lain.

Van Gaal dilaporkan akan membeli rumah di sekitar Cheshire yang merupakan kawasan mewah atau lebih dikenali sebagai segi tiga emas.

Antara pemain United yang tinggal di kawasan itu ialah Juan Mata, David De Gea dan Wayne Rooney.

Van Gaal sebelum ini memberitahu bahawa dia akan mengambil cuti selepas Piala Dunia namun tempoh itu dijangka hanya beberapa hari sebelum kembali ke Old Trafford.

Selain pengurus baharu, Van Gaal juga mempunyai tanggungjawab besar dalam mendapatkan pemain untuk membentuk sebuah pasukan yang mampu memberi saingan dalam Liga Perdana Inggeris musim depan.


Manchester United

Artikel Lain