suria

Barcelona Sanggup Tawar Luis 'The Jaws' Suarez Kontrak £40 Juta Dengan Gaji Mingguan £160,000

BARCELONA sanggup menawarkan Luis Suarez kontrak bernilai £40 juta selama lima tahun dengan gaji mingguan sebanyak £160,000 dengan syarat dia menerima satu klausa dalam kontraknya - tidak akan mengigit sesiapa lagi, demikian menurut laporan portal berita Britain, The Mirror.

Liverpool dikatakan hanya bersedia melepaskan pemain Uruguay itu sekiranya ada kelab yang sanggup membelinya pada harga £80 juta tetapi jumlah itu bukanlah satu masalah besar untuk gergasi Sepanyol seperti Barcelona yang mahu menawarkan pemain Chile, Alexis Sanchez sebagai sebahagian daripada pertukaran dengan Suarez.

Mereka berhasrat mengandingkannya dengan Leonel Messi.

Suarez kini sedang menjalani proses pengantungan selama empat bulan selepas Jawatankuasa Disiplin Fifa mendapati dia bersalah kerana mengigit bahu pemain pertahanan Itali, Georgio Chiellini dalam perlawanan akhir peringkat kumpulan minggu lalu.

Ini adalah kejadian kali ketiga dia mengigit pemain lawan sepanjang karier profesionalnya sehingga insiden itu dilabelkan oleh media-media massa Inggeris sebagai "JAWS III".

Dia mempertahankan dirinya sebagai tidak bersalah dan bersedia membawa kes ini ke mahkamah timbang tara sukan di Lausanne, Switzerland.

Barcelona mengiktiraf bakat semulajadi Suarez dan kemampuannya untuk menjaringkan lebih daripada 20 gol semusim tetapi pada masa yang sama mahu memastikan pelaburan mereka itu tidak sia-sia.

Artikel Lain