suria

Butt Dijangka Kekal Bersama Pengurusan Manchester United

Butt (tengah) bersama Giggs dan Scholes (kanan).

PERANAN Nicky Butt di Manchester United dikekalkan di bawah pengurusan baharu Louis van Gaal yang akan bermula sebaik sahaja tamat kempen Piala Dunia bulan depan.

Jurulatih Belanda itu bakal mengemudikan kelab United menggantikan David Moyes musim baharu nanti.

Sebelum ini Butt bekerja di bawah Moyes dan menjadi pembantu Ryan Giggs yang menjadi pengurus sementara musim lalu.

Butt merupakan salah seorang pemain 'Class of 1992'  menguruskan pasukan Bawah 21 Tahun serta Bawah 19 Tahun dalam Liga Remaja UEFA bersama Warren Joyce.

Jelas satu sumber mengatakan, Class Of 1992 amat penting bagi United.

"Nicky merupakan salah seorang staf di kelab, dia mempunyai tugas di sini dan bekerja dengan Warren Joyce".

Butt dilantik membantu menguruskan pasukan utama sebaik sahaja Moyes dipecat dan bertugas sebagai pembantu kepada rakan baiknya, Ryan Giggs.

Bagaimanapun, nasib dua lagi bekas pemain United Phil Neville dan Paul Scholes di kelab ini masih samar.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain