suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ribuan Penyokong Uruguay Sambut Kepulangan Suarez

Sebahagian daripada penyokong-penyokong Suarez menyambut kepulangan bintang Uruguay itu.

PENYERANG Uruguay, Luis Suarez kembali ke negaranya sebaik sahaja hukuman kesalahannya diumumkan oleh Persatuan Bola sepak Dunia (Fifa) pada Khamis malam.

Suarez dikenakan hukuman gantung sembilan perlawanan dan empat bulan dilarang melibatkan diri dalam sebarang aktiviti bola sepak kerana didapati bersalah menggigit bahu pemain pertahanan Itali, Giorgio Chiellini Isnin lalu.

Lebih kurang 1,000 orang penyokong Uruguay setia menunggu pemain tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa Carrasco bagi menyambut kepulangan wira mereka itu.

Sesetengan penyokong turut memakai topeng Suarez sebagai tanda sokongan kepadanya.

Presiden Uruguay, Jose Mujica dilihat turut berada di lapangan terbang itu, namun pulang ke rumahnya sebaik sahaja diberitahu penerbangan Suarez ditunda.

luis suarez, uruguay, pulang

Artikel Sebelum

Luke Shaw Sah Sertai MU

Artikel Lain