suria

Kami Tidak Cukup Bagus - Jurulatih Portugal

JURULATIH Portugal, Paulo Bento mengakuinya pasukannya tidak cukup bagus untuk layak ke pusingan kedua Piala Dunia selepas hanya menduduki tempat ketiga dalam saingan peringkat kumpulan.

Biarpun berjaya mengalahkan Ghana 2-1 pada aksi terakhir Kumpulan G awal pagi Jumaat, kekurangan jumlah gol tidak mampu meletakkan mereka dalam kelompok kedua teratas.

Bento berkata, mereka sememangnya layak apa yang dicapai kali ini.

"Kami banyak mencipta peluang kemenangan namun gagal digunakan dengan baik.

"Sudah tentu dari segi keseimbangan aksi pada Piala Dunia ini amat negatif kerana sasaran pertama untuk menang tidak tercapai.

"Sekarang ini kami perlu membuat analisis apa yang silap dan masa sama saya ucapkan tahniah kepada Jerman dan Amerika Syarikat yang mara ke peringkat seterusnya," jelas Bento.

Portugal tewas 4-0 pada aksi pertama bertemu Jerman, namun Bento tidak menyalahkan pemain-pemainnya.

"Perlawanan dengan Jerman banyak memberi menyedarkan pemain-pemain untuk beraksi dengan lebih baik.

"Ketika itu, beberapa pemain saya mengalami kecederaan. 

"Jika dilihat, selepas bertemu Jerman, kami bangkit cuba mencari kemenangan namun seri dengan Amerika Syarikat. Dan itu sudah mengubah segalanya walaupun kami menang ke atas Ghana," katanya.

portugal, paulo bento

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain