suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Thien How-Boon Heong Mara Ke Suku Akhir Terbuka Australia

KUALA LUMPUR: Tiga beregu negara termasuk beregu harapan Hoon Thien How/Tan Boon Heong berjaya menempah tempat ke saingan suku akhir Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Australia di Sydney Sports Centre,Australia.

Pada perlawanan pusingan kedua pada Khamis, Hoon/Tan menundukkan rakan senegara Lim Khim Wah/Ow Yao Han 21-18 dan 21-14 dalam masa 42 minit untuk bertemu beregu China, Cai Yun/Lu Kai pada saingan suku akhir pada Jumaat.

Beregu kedua negara Goh V Shem/Tan Wee Kiong berjaya menundukkan beregu Indonesia Gideon Markus Fernaldi/Markis Kido dengan mengambil masa 33 minit sahaja, sebelum mencatatkan kemenangan 19-21, 21-11 dan 21-13.

Goh/Tan akan bertemu Lee Yong Dae/Yoo Yeon Seong dari Korea Selatan pada pusingan seterusnya. Sementara itu, Chan Peng Soon/Lai Pei Jing menewaskan pasangan Amerika Syarikat Phillip Chew/Jamie Subandhi 21-17 dan 21-11 dalam acara beregu campuran.

Beregu campuran negara itu akan berdepan dengan pasangan Thailand Sudket Prapakamol/Saralee Thoungthongkam yang menyingkirkan pasangan China, LuKai/Huang Yaqiong dengan keputusan 21-18, 20-22 dan 21-19.

Bagaimanapun, satu lagi beregu negara Chan Kwong Beng/Chiang Jiann Shiarng yang mendapat 'bye' pada pusingan pertama, gagal melepasi pusingan kedua setelah kalah kepada beregu China Xiaolong Liu/Zihan Qiu dengan keputusan 21-9 dan21-10.

Kejohanan yang berlangsung dari 24 hingga 29 Jun ini menawarkan hadiah keseluruhan US$750,000 (RM2.41 juta).

Terbuka Australia, badminton

Artikel Lain